Keputusan.
Dimaklumkan bahawa perkara diatas telah dibincang dan dibahaskan oleh Jawatan Kuasa Fatwa Negeri Johor pada 27Syaaban1430 bersamaan 18Ogos2009,setelah dilihat dengan penuh penilitian.mka keputusan adalah saperti berikut:
Alhamdulillah Fatwanya:
Sekiranya rawatan dialisis peritonial dilakukan pada siang hari ramadhan (bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari) maka ia membatalkan puasa kerana darah yang dimasukkan semula kedalam badan pesakit ada dicampurkan unsur kimia dan unsur berzat iaitu larutan gula dan asid amino.
Oleh itu,orang yang berpenyakit buah pinggang yang mana kehidupan hariannya sepanjang hayat bergantung pada penggunaan dialisis peritonial (tidak boleh tidak) maka gugurlah kewajipan berpuasa keatas dirinya dan dia hanya diwajibkan membayar fidyah iaitu secupak beras untuk setiap hari yang ditinggalkan.
Walau bagai mnapun jika sekiranya pergunaan dialisis peritonia pada waktu tertentu sahaja (pada keadaan kritikal) dan kebetulan masa itu ia berpuasa maka batal puasa tersebut dan ia wajib qada'semula puasa tersebut pada hari yang lain.
Tarikh keputusan: 18 Ogos 2009
Huraian Tajuk/Isu.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Bahagian Pengurusan Fatwa,Aras 5 Blok D7
Komplets D Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62519 WP.Putrajaya,Malaysia.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar