Selamat Datang Ke Hemodialysis Club Negeri Melaka Anda DiJemput Menjadi Ahli Dan Terima Kaseh Jumpa Lagi.Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi Setia Usaha Club H/P 0166310049.Club telah ditubuhkanpada 6hb Januari 2010 setakatini keahlian lebih daripada 200 orang'

Selasa, 28 Mei 2013

Hukum Menunaikan Haji Pesakit Yang Menjalani Rawatan Hemodialisis

Keputusan Muzakarah Jawatan Kuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke 84 yang bersidang pada 15 Disember 2008 telah membincangkan Hukum Menunaikan  Haji bagi pesakit yang menjalani rawatan Hemodialisis,muzakarah telah memutuskan bahawa:

1.  Pesakit yang menghadapi penyakit kronik yang tidak ada harapansembuh saperti;Pesakit buah pinggang yang menjalani rawatan hemodialisis dan seumpamanya tidak wajib menunaikan ibadah haji.

2.  Pesakit keronik adalah wajib melaksanakan badal haji sekiranya berkemanpuan dari pada sudut kewangan,dan

3.  Sekiranya telah sembuh daripada sakit kronik,individu tersebut wajib menunaikan ibadah haji jika berkemampuan.

Keterangan/Hujah.

1.  Islam secara prinsipnya tidak memberatkan umatnya terhadapsesuatu perkara mlainkan sekadar yang termampu.Demikian juga kewajipan menunaikan haji yang terikat dengan syarat-syarat yang khusus,salah satu daripadanya ialah berkemampuan untuk menunaikannya.

2.  Allah swt telah meletakan kemampuan sebagai syarat untuk diwajibkan haji antaranya ialah,mempunyai tubuh badan yang sihat dan terhindar daripa segala kesakitan yang boleh menghalang melakukan  perkara yang perlu dalam masa merantau untuk mengerjakan haji.

3.  Menurut fuqaha,syafiiyyah yang dimaksudkan dengan kemampuan fizikal,sihat tubuh badan,boleh menaikia atau pun menunggang kenderaan dengan baik tampa menghadapi sebarang kesukaran dan kesusahan yang teruk.Tampa ini mereka dikira tidak mampu untuk mengerjakan sendiri.

4.  Ahli Majlis Fatwa al-Diamatu Lilbuhusi al-IImiyyati wa al-Ifta' mengatakan bahawa al-Istita'ah dalam haji ialah mesti sihat dari segi tubuh badan,memiliki kenderaan yang boleh sampai kesana sama ada kapalterbang,kereta atau sebagainya.Disamping itu juga mempunyai bekalan yang mencukupi baginya untuk pergi dan balik dengan syarat bekalan itu melebihi daripada sara hidup mereka yang dibawah tanggongannya sehingga ia pulang dari mengerjakan haji.

5.  Kebiasaan mereka yang menjalani rawatan hemodialisis merupakan pesakit yang mempunyai harapan yang tipis untuk sembuh sepenuhnya.

6.  Berdasarkan kes-kes yang berlaku sebelum ini,jemaah haji yang mempunyai penyakit kronik seperti mereka yang menjalani rawatan hemodialisis ini akan menhadapi banyak masalah lebih-lebih lagi semasa wukuf dan ramai diantara mereka meningga dunia.

7.  Kerajaan Arab Saudi juga tidak mampu menyediakan peralatan hemodialisis yang banyak kepada semua jemaah haji.

8.  Kebanyakan ulama berpandangan bahawa mereka yang menghahadapi penyakit kronik dan terikat pada rawatan tidak wajib menunaikan haji kerana situasi mereka dianggap sebagai darurat.           

Tidak ada komentar:

Posting Komentar