Selamat Datang Ke Hemodialysis Club Negeri Melaka Anda DiJemput Menjadi Ahli Dan Terima Kaseh Jumpa Lagi.Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi Setia Usaha Club H/P 0166310049.Club telah ditubuhkanpada 6hb Januari 2010 setakatini keahlian lebih daripada 200 orang'

Minggu, 12 Mei 2013

Razki Boleh Dapat Dimana Sahaja Jika Berusaha.

Pada 11hb Mei 2013 selepas sahaja membuat rawatan delisis Di Hospital Pantai Ayer Keroh Melaka (HPAKM) Pak Wan dan Isteri terus ke Kuala Lumpor,kerana memenuhi undangan kahwian di Shah Alam Selangor.

Sebelum bertolak ke HPAKM pada jam 5.10am Pak Wan sempat menulis dalam Facebook memberitahu seorang kawan (semasa sama-sama berkerja TNB Jalan Walter Grenier K.Lumpur.)JWG. Puan Rohani Sulaiman,Pak Wan nyatakan "Ani Pak Wan akan ke Kuala Lumpur hari ini dan bermalam dirumah anak di Taman Cerah Indah.Tulisan itu mendapat respon dan Puan Rohani memberitahu melalui sms katanya "Puan Sharifah Shairah akan ikut sama ingin bertemu Pak Wan kami akan datang bertiga selepas Menghrib"

Puan Rohani dan suaminya Encik Samsuddin dan Puan Sharifah (adalah ketua jabatan semasa kami sama-sama berkerja di TNB JWG.) selepas makan malam yang disiapkan oleh anak Pak Wan,kami berborak panjang tentang lama tidak bertemu dengan kawan-kawan lama dan bermacan-macan certi dan pengelaman setelah bersara.

Antah macan mana Pak Wan tersalah sebut penyakit delisis yang  mana kelab kita setiasa mencari wang untuk memenuhi tabung kebajikan kelab dan isteri saya adalah orang yang kuat mencari sumbangan kerana beliau dilantik sebagai Bendahari.Apabila Mak Wan tunjukkan surat mencari sumbangan yang ditanda tangai   oleh Pengurusi,Puan Sharifah Shairah mwengambil buku cek dan memberi sumbangan RM500.00,Puan Rohani dan Suami memberi RM100.00.Alhamdullah.

Inilah yang dikatakan rezki berada dimana-mana sahaja, jika kita berusaha tentu akan mendapatkannya,usaha itu berbeza diantara satu dengan lain antaranya dengan kerja kuat menggunakan tenaga empat kerat,menjual idea,menyediakan kertas kerja untuk dibentang diseminar-seminar,menjadi broker apa sahaja,tanah,rumah dan lain-lain usaha. Insyallah Tuhan akan kaburkan permintaan(doa) kita.Hanya satu jangan tinggal Sembayhang lima waktu sehari semalan.  

Tidak ada komentar:

Posting Komentar